Latar belakang Penguat audio

Alat penguat bunyi mulanya dicipta pada tahun 1906 oleh Lee De Forest,yang kemudiannya mencipta trio tiub vakum. Trio vakum itu adalah suatu alat terminal dengan kawalan grid yang boleh menyesuaikan aliran elektron daripada filamen kepada logam. Alat ciptaan beliau telah digunakan untuk menciptakan radio AM yang pertama. Pada awalnya, alat penguat bunyi dicipta berdasarkan tiub vakum dan ada di antaranya mencapai kualiti yang tinggi (contoh: Alat penguat bunyi William 1947-9). Kebanyakan alat penguat bunyi moden berdasarkan penggunaan transistor (BJT, FET dan MOSFET) namun terdapat segelintir yang masih menggunakan alat penguat vakum memandangkan merasai injap bunyi yang `hangat`. Alat penguat bunyi berdasarkan transistor menjadi praktikal kerana terdapat penggunaan yang luas dan harga transistor yang berpatutan pada lewat tahun 1960-an.